Sunday, 12 October 2014

Perjalanan Hidup Setiap Orang Tak Sama..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Kita masih diberi peluang untuk hidup hari ini. Moga dengan peluang yang Allah bagi ni kita dapat berubah dan perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Sebaik-baik muslim adalah "hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini". Semua org boleh ungkapkan perkataan ni, tapi xsemua dapat laksanakannya.

hmm.. hari ni.. ntah cume nk refleksi diri.. kadang2 kita rase kita xbahagia mcm org lain, kita xdapat ape yang kita nk n kita rasa apa yang kita usahakan xmembuahkan hasil. Mungkin ini yang dinamakan ujian atau cobaan dalam hidup..ada org dilahirkan dalam kehidupan yang senang, ada org dilahirkan dalam kehidupan yang susah, ade org yang dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah, ada org yang dilahirkan dalam keluarga yang sakinah,mawaddah,bahagia.. Allahurobbi beruntung nya org yang dilahirkan dalam keluarga mcm tu..

Bagi aku, setiap org ade susah senangnye dalam kehidupan.. tapi.. xsemua org mampu untuk memiliki kebahagiaan dalam hidup. Ye.. Tepat dan benar skali.. apa yang saya perhatikan.. org yang benar-benar bahagia apabila mereka mengamalkan islam secara keseluruhannya..bukan sekadar tauhidnya sahaja, bukan sekadar menjaga akhlaknya sahaja, malah bukan menjaga syariat islam semata-mata. Selagi mereka tidak mengamalkan ketiga2 asas islam dalam kehidupan.. maka kehidupan xkan bahagia..

Allahurobbi.. org yang menjaga tauhid akan selamat dunia akhirat kerana meraka berada di jalan yang benar dan pengharapan mereka hanyalah kepada Allah.. manakala org yang menjaga akhlaknya, maka dia dapat membina hubungan yang baik sesama manusia dan akan disayangi.. dan orang yang menjaga syariat akan menjamin kehidupan yang sejahtera kerana mereka menuruti perintah yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan larangannya.

Apa yang kita lakukan hari ini menentukan kehidupan kita akan datang.. jika kita seorang yang berpegang teguh kepada agama dan mengamalkan ajaran yang sebenarnya, kita akan membina sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada agama serta mengamalkan ajarannya yang sebenar.
segala2nya bermula dari diri kita sendiri.

Apakan daya jika kita dilahirkan dalam keluarga yang penuh bermasalah sekalipun, jangan berputus asa, jadikan apa yang berlaku disekeliling kita sebagai pengajaran hidup dan tanamkan dalam diri untuk kita berubah menjadi seorg yang lebih baik dan mengamalkan islam keseluruhnanya serta dapat membina sebuah keluarga yang bahagia pada masa akan datang.

Jaga agama, insyaAllah bahagia dunia akhirat. :)

P/s : saje tulis2 untuk peringatan diri sendiri terutamanya.. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment